19 November 2013

Download Movie

Salam sejahtera semua....


     Tutorial yang akan admin kongsikan pada artikel ini adalah atas permintaan rakan admin sendiri untuk menunjukkan cara untuk memuat-turun movie di dalam laman web movie yang telah admin bagi pada rakan admin sebelum ini(di rahsiakan nama laman web...hehehehehe).

Langkah-langkah untuk memuat-turun:

1.Pada bahagian "Single link", pilih salah satu link yang telah di bagi ;
2.Sebagai contoh : "FileClod" ataupun "EzzFile", jadi admin pilih dan tunjuk cara download menggunakan "FileClod" terlebih dahulu ;
3.Klik link yang di bagi, kemudian akan keluar satu paparan laman web Adf.ly dan tunggu tempoh lima saat untuk keluar butang seperti gambar di bawah ini :


4.Tekan "Skip Ad" ;
5.Ikut arahan seperti gambar di bawah ;



Masukkan nombor dan klik "continue"


Tekan butang "Download"

6.Selesai untuk "FileClod"!!
7.Untuk link "EzzFile" pula, admin tunjukkan ;
8.Tekan link "EzzFile", dan akan keluar paparan seperti yang di terangkan nombor 3 di atas dan terus ikut langkah nombor 4 seterusnya ;
9.Ikut arahan  seperti gambar di bawah ;

"
klik pada "Regular Download"

Tunggu sampai habis

Taip kod yang di beri

Tekan "Download"

10.Selesai!!!

*Kebanyakkan laman web movie, boleh gunakan cara yang admin kongsikan tadi kerana hampir semua link yang di bagi adalah sama caranya untuk memuat-turun sesuatu movie.

Selamat Mencuba!!!

*Andai ada salah silap, jangan takut atau malu untuk memberi teguran kerana admin bersikap terbuka.


18 November 2013

NTPWedit 0.3

NTPWedit 0.3


      NTPWedit ialah aplikasi yang berfungsi untuk membuang atau menukar password windows login pada PC/laptop pengguna yang menggunakan Windows XP,Vista & 7 sahaja. Aplikasi ini sesuai kepada pengguna yang kehilangan atau lupa password windows login.

Cara-cara untuk membuang password windows login menggunakan NTPWedit :
1. Buka aplikasi NTPWedit menggunakan USB Bootable (Hirens Boot) atau CD yang telah dibuat ;


2. Paparan seperti dibawah akan muncul ;


3. Tekan butang yang ditunjukkan pada gambar di bawah ;


4. Cari "SAM" file pada lokasi folder yang telah di tunjukkan ( C:\\WINDOWS\SYSTEM32\CONFIG\SAM ). Jika pengguna menggunakan USB bootable, "LOCAL C:" pada PC/laptop mungkin bertukar menjadi " E: " atau yang lain ;


5. selesai mencari "SAM" file, maka akan keluar account user seperti gambar di bawah ;


6. Pilih "Administrator" kemudian tekan butang "unlock", selepas itu tekan butang "change password" untuk penukaran password yang baru. Dan tekan butang "Save changes" ;

7. Setelah itu, pilih "User" (nama account user pada PC/laptop) kemudian tekan butang "unlock", selepas itu tekan butang "change password" untuk penukaran password yang baru. Dan tekan butang "Save changes" ;

8. Tutup aplikasi kemudian restart ;

9. Done!!!

 NOTIS!!
*aplikasi NTPWedit hanya berjaya membuang password atau menukar password jika di lakukan dalam Hirens boot atau Windows PE/BartPE. Menggunakan windows biasa (XP,Vista,7 & 8) untuk menggunakan aplikasi NTPwedit tidak dapat di lakukan kerana masih Active Directory passwords yang ada pada windows di jalankan pengguna.


NTPWedit juga mengeluarkan versi baru iaitu NTPWedit 0.4 yang dapat digunakan pada Windows XP,Vista,7 & 8.
Untuk memuat-turun aplikasi NTPWedit 0.4, sila klik pada link di bawah ini :

NTPWedit 0.4



Selamat Mencuba!!!!



6 November 2013

Cara Install Microsoft Net.Framework 3.5 Secara Offline pada Windows 8

Salam sejahtera semua....



      Hari ini admin nak kongsikan tutorial Install Microsoft Net.Framework 3.5 Secara Offline pada Windows 8 dengan menggunakan DVD atau USB Bootable pendrive anda.


Cara - caranya :

DVD
1. Buka dan jalankan CMD sebagai Administrator




2. Copy & Paste Code ini pada CMD -
DISM /Online /Enable-Feature /FeatureName:NetFx3 /All /LimitAccess /Source:d:\source8\sxs



3. Tekan Enter dan tunggu sampai habis.


USB Bootable Pendrive
1. Buka dan jalankan CMD sebagai Administrator

2. Copy & Paste Code ini pada CMD -
DISM /Online /Enable-Feature /FeatureName:NetFx3 /All /LimitAccess /Source:d:\sources\sxs

3. Tekan Enter dan tunggu sampai habis.


Selamat Mencuba!!!

Windows 8.1 Preview

 Salam 1Malaysia semua...   




      Hari ahad yang lepas,  admin telah mendownload Windows 8.1 yang baru di release. Selesai sudah download, admin terus install pada laptop dan ingin mencuba sendiri apakah kelainan yang di bawa dalam Windows 8.1 pada kali ini.



Seperti yang anda lihat gambar di atas, Metro UI lebih cantik dan tersusun. Background wallpaper pada Windows 8.1 lebih banyak pilihan yang anda boleh pilih.





 
Setakat ini, admin tak dapat nak activated Windows 8.1 ini, sebab product key yang di bagi dah tak boleh di gunakan lagi. Banyak benda yang admin tak boleh explore jadi susah admin nak cerita kelebihan lain yang ada pada Windows 8.1 ini. Apa-apa pun kita tunggu activation yang baru nanti baru boleh cerita.Hahahaha...

1 November 2013

Driverpack Solution 13

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.....



     Hari ini saya nak kongsikan tutorial penggunaan Driverpack Solution 13, fungsi aplikasi ini adalah untuk menyediakan serta install Driver yang masih belum di install pada PC/Notebook anda.
    Hampir semua jenis PC/Notebook driver terdapat dalam Driverpack ini kecuali PC/Notebook keluaran terbaru dan Netbook 1Malaysia.

Driverpack Solution 13
*Aplikasi yang amat mudah untuk pengguna fahami
*Jimat masa & duit
*Windows XP/Vista/7/8
*dapat di install pada versi 32-bit dan 64-bit

Langkah-langkahnya :

1.Jalankan aplikasi DriverpackSolution.exe
2.Klik pada "setting" di sebelah kiri paparan


3.Klik lagi pada "Expert Mode"

4.Kemudian pada bahagian "missing driver" itu, anda boleh klik driver yang hendak di install
5.Selepas itu, klik "install" di bawah sekali paparan.

*Jika ada driver yang tidak terdapat dalam Driverpack Solution 13 ini, anda kena mencari serta muat-turun driver itu secara manual di laman web dan install seperti biasa.

*Untuk memuat-turun aplikasi Driverpack Solution 13 (size file 4.4GB), sila klik link ini Download
 (Download menggunakan aplikasi Torrent.)

Semoga berjaya!!