17 Mei 2012

Tablet Yang Terbaik untuk May 2012

Tablet Yang Terbaik

Calon-calonnya adalah :

1. Amazon Kindle Fire




2. Asus Eee Pad Transformer Prime
 3. Samsung Galaxy Tab 2 (7.0)



4. Asus Eee Pad Transformer TF101



Aplikasi permainan Android terbaik May 2012

Aplikasi permainan Android terbaik 2012

Calon-calonnya adalah :

1. Angry Bird Space


Angry Bird Space versi keluaran terbaru, dan misi permainan yang lebih mencabar untuk pemain. Imej Angry Bird Space di dalam permainan ini berlainan daripada sebelumnya di angkasa lepas serta mempunyai watak dan suasana yang baru telah wujud di permainan ini. Memang Terbaik!!


2. Cut The Rope






Cut The Rope adalah salah satu daripada beberapa permainan yang telah berada dalam senarai terbaik-Android permainan sejak daripada awal lagi sewaktu di keluarkan. Merupakan permainan fizik seperti teka-teki dinamik yang kadang-kadang merasa lebih seperti halangan. Ia merupakan permainan yang mesra keluarga. Kepada peminat permainan yang mencabar minda, cubalah permainan ini.




3. Fruit Ninja







Fruit Ninja memang tidak asing lagi pada pengguna-pengguna android, dan permainannya juga menarik serta senang di kendalikan.



4. Asphalt 6: Adrenaline



Untuk peminat permainan kereta, saya syorkan permainan ini. Memang tak rugi tau, grafik cantik dan banyak lagi yang menarik dalam Asphalt 6: Adrenaline ini.












16 Mei 2012

Cara Mudah dan Cepat untuk Tutup Komputer Anda

Shortcut Shutdown

Hari ini kita belajar macam mana untuk membuat shortcut shutdown bagi menjimatkan masa kita daripada menekan butang banyak kali(nampak sangat malas!!).

Langkah-langkahnya adalah :

1.  Tekan Butang sebelah kanan tetikus anda, kemudian pergi pada "New" dan tekan pada "Shortcut".


2. Pada ruangan kosong pada petak tersebut, taip "Shutdown.exe -s -t 00" dan tekan butang "Next".


Selamat mencuba......

Unmountable_boot_volume

Unmountable boot volume

Contoh : 




Apabila anda restart komputer anda atau menaik taraf ke Windows XP, anda menerima "STOP 0x000000ED UNMOUNTABLE_BOOT_VOLUME" mesej ralat ini.
Perkara ini terjadi adalah kerana terdapatnya sistem fail yang telah rosak, anda boleh cuba untuk membaikinya jikalau perkara di atas dapat di selesaikan.

Untuk membaikinya, ikut cara pertama ini dulu :

1. Mulakan komputer dengan memasukkan CD Original Windows XP anda, dan jalankan CD tersebut.
2. Apabila muncul paparan Welcome to setup, tekan butang "R" untuk membaiki sistem Windows.


3. Kemudian pilih partition yang telah mempunyai windows XP seperti drive C:
4. Pada "command prompt" tersebut, taipkan "chkdsk/r" dan tekan Enter.
5. Selepas itu, taip "exit" dan tekan enter untuk restart komputer anda. Dan lihat sama ada masalah anda sudah selesai ataupun tidak.

jikalau masih mempunyai masalah yang sama, ulangi langkah- langkah di atas. Langkah yang ke 4, tukarkan "chkdsk" kepada "fixboot" dan tekan Enter. Dan ikuti langkah seterusnya.


Selamat mencuba...

15 Mei 2012

Cara menghilangkan "Virus Shortcut" pada Pendrive




Virus Shortcut




Virus shortcut merupakan virus yang menganggu file/folder yang terdapat dalam pendrive pengguna dan menyebabkan file/folder tersebut tidak dapat digunakan langsung. Perkara ini boleh terjadi di mana-mana sahaja sama ada di tempat kerja, siber, IPTA, dan sebagainya.

Usah bimbang kerana file/folder anda sebenarnya masih dapat di selamatkan lagi hanya dengan menggunakan kaedah yang akan saya tunjukkan pada anda. Ianya sesuai untuk semua jenis Windows yang anda gunakan sama ada windows XP/Vista/W7.

Langkah-langkahnya adalah :

1. Tekan pada Start Menu anda.

Untuk Windows XP user


















Untuk Windows vista dan 7
















Windows XP
2. Tekan pada "Run" yee untuk windows XP user...bukan suruh awak berlari yee...he3...jangan salah paham pulak. Manakala pengguna Vista/W7 pula boleh teruskan langkah No.3

3. Taipkan "cmd" pada petak kosong berkenaan dan tekan "Enter" pada papan kekunci anda yee..atau dalam bahasa inggeris dia "keyboard" yee...

4. Seterusnya keluarlah paparan seperti di bawah ini:


5. Kenalpasti lokasi pendrive anda sama ada D/E/F, selepas itu taipkan lokasi pendrive anda dan tekan "Enter"

*contoh : F: dan tekan Enter.

6. Selepas itu, taipkan seperti di bawah ini :
       taip = attrib -s -h /s /d *.* dan tekan Enter.


7. Dan lihat pada pendrive anda sekarang!!Terbaik!!selamat mencuba... :)

Sekian..........