16 Mei 2012

Unmountable_boot_volume

Unmountable boot volume

Contoh : 




Apabila anda restart komputer anda atau menaik taraf ke Windows XP, anda menerima "STOP 0x000000ED UNMOUNTABLE_BOOT_VOLUME" mesej ralat ini.
Perkara ini terjadi adalah kerana terdapatnya sistem fail yang telah rosak, anda boleh cuba untuk membaikinya jikalau perkara di atas dapat di selesaikan.

Untuk membaikinya, ikut cara pertama ini dulu :

1. Mulakan komputer dengan memasukkan CD Original Windows XP anda, dan jalankan CD tersebut.
2. Apabila muncul paparan Welcome to setup, tekan butang "R" untuk membaiki sistem Windows.


3. Kemudian pilih partition yang telah mempunyai windows XP seperti drive C:
4. Pada "command prompt" tersebut, taipkan "chkdsk/r" dan tekan Enter.
5. Selepas itu, taip "exit" dan tekan enter untuk restart komputer anda. Dan lihat sama ada masalah anda sudah selesai ataupun tidak.

jikalau masih mempunyai masalah yang sama, ulangi langkah- langkah di atas. Langkah yang ke 4, tukarkan "chkdsk" kepada "fixboot" dan tekan Enter. Dan ikuti langkah seterusnya.


Selamat mencuba...

Tiada ulasan: