28 Jun 2012

DiRT 3!!

Kepada peminat permainan lumba kereta, saya syorkan permainan DiRT 3. Keluaran edisi yang ketiga ini lebih baik daripada sebelumnya. Grafik dan sistem bunyi yang baik serta kawalan kereta yang baik. lebih seronok jika dijadikan permainan 3D. Lihatlah Screen Shot di bawah ini :













Features

  • Offline players 1 - 2

Online features

  • Online multiplayer 2 - 8
  • Online co-op 1 - 8

Minimum requirements

  • Windows XP, Windows Vista, Windows 7
  • Intel® Core Duo 2.8 GHz or AMD® Athlon™ 64 X2 2.8 GHz
  • 2 GB RAM and 15 GB disk space
  • 256 MB NVIDIA® GeForce® 8300 or ATI Radeon™ HD 2400 video
  • DirectX® 9.0c
Aku juga main permainan ini serta mempunyai edisi DiRT 2 dan DiRT 3. Memang best. Selamat mencuba.....



26 Jun 2012

Kepada Peminat Manga!!

Kepada pembaca MangaReader atau MangaFox, kini lebih mudah dengan aplikasi Hakuneko untuk di jadikan koleksi peribadi.



Hakuneko ini memang khas untuk peminat tegar pada Manga, serta boleh dimuat turun manga ke desktop pengguna tu sendiri.


berminat??download pada link ini hakuneko.

Selamat Mencuba.....

Hantar SMS melalui komputer or laptop anda!!

Hai....berita baik untuk Pengguna Android sahaja yer.....!!pengguna symbian or else mcm aku nie tak ada berita gembira pun....ermm....

Ok....selalunya kebanyakan orang yang melayari internet or apa-apa saja yang boleh membuatkan mereka alpa sehinggakan handphone sendiri telah menerima sms or calling banyak kali daripada rakan2 dan family diorang dah tak peduli dah. Selesai jer main komputer, baru perasaan ada sms dan miss call pada handphone tuu. Kalau ada emergency case kan lagi teruk mcm tuu...


Dan untuk mengelakkan perkara itu terjadi, aku perkenalkan salah satu aplikasi android yang bertajuk FastText dan made In Malaysia pulak tuu. Aplikasi ini membolehkan pengguna menerima sms terus ke desktop, serta dapat membalas sms terus daripada komputer pengguna. Aplikasi ini turut mempunyai Contact List untuk memudahkan penggunanya.


Apa-apa pun, pengguna android boleh cuba menggunakan aplikasi ini. Dan perisian aplikasi ini hanya dapat digunakan pada android serta komputer yang menggunakan sistem operasi windows sahaja.

Jika ingin mendapatkan aplikasi ini, pergilah ke Google Play di smartphone anda sekarang serta muat turun untuk komputer anda juga.

Harap dapat membantu yer....!


Dunia AKu!!

Hari keja
 ==> Bangun daripada sleep => mandi => pegi keja => menghadap komputer selama 5 jam tanpa henti => rehat (makan) => kalau langsung tak ada keja, menghadap komputer lagi selama 5 jam => balik ke rumah => kalau tiada makanan di masak??aku laa yang kena masak....cuci dan jemur kain => mandi => main komputer games selama 3 jam => sleep well.......perkara yang sama dilakukan keesokan harinya....

Hari weekend
==> Bangun daripada sleep => mandi => kemas rumah (kalau rajin laa...he3...) => masak => Pegi jalan2 bawa family => pulang ke rumah => mandi => main komputer games selama 3 jam => sleep well.......



Time keja, aku memang banyak berehat laa....bukan nya curi tulang pun....aku sebagai IT Technician di tempat keja aku nie, kalau ada problem yang berkaitan dengan IT, baru laa aku ada keja....kalau tidak ada....Cari informasi, berita dan sumber maklumat yang berguna laaa jawabnya or 'menghadap komputer jerr'....

Untuk pengetahuan anda.....walaupun sekarang Facebook, Twitter dan sewaktu or seangkatan dengan nya semakin digemari ramai, tapi aku tidak terlibat pun. Dulu memang aku mempunyai akaun facebook, tapi oleh kerana banyak berita yang kurang menyenangkan saban hari dalam berita berkaitan dengan facebook. Aku mula mengambil langkah untuk tidak meneruskan lagi akaun facebook aku tuu tanpa paksaan sapa2 pun. Aku sekarang lebih berminat untuk berkongsi ilmu dan kerana itulah aku buat blog ini....he3....jangan marah yaa kepada kawan2 aku di facebook tuu...klau nak tau perkembangan aku....jemput laa ke blog aku nie yerr......sambil melawat blog aku nie....dapat juga berkongsi ilmu......he3...Peace No War....! 


Masa tetap berlalu pergi...putaran hidup aku tetap sama.....aku ingin membuat sesuatu perubahan dalam hidup aku....agar bermakna suatu hari kelak.......!



Remove Antivirus Protection 2012 Fake!!


Hari ini aku nak kongsikan kepada anda bagaimana nak atasi masalah seperti di atas iaitu antivirus yang kita tidak ketahui dari mana sumbernya dan selalu menganggu kita untuk menggunakan komputer.
Di bawah ini adalah langkah-langkah untuk membuang antivirus yang penipu nie  :

1. Restart komputer anda => tekan butang F8 beberapa kali ketika komputer di hidupkan sehingga keluar paparan seperti di bawah ini :



2. Pilih Safe Mode With Networking dan tekan butang ENTER.
3. Kemudian muat turun aplikasi pada Link yang berikut :
i. TDDSKiller - http://support.kaspersky.com/downloads/utils/tdsskiller.exe


ii. Rkill - http://download.cnet.com/RKill/3000-8022_4-75221743.html?tag=rbxcrdl1


iii. Unhide - http://download.bleepingcomputer.com/grinler/unhide.exe



4. Kemudian jalankan aplikasi di atas mengikut urutan.
5. Andai tidak berjaya, muat turun aplikasi Malwarebytes dan pastikan Update terlebih dahulu. Paling penting, jalankan semua aplikasi di atas pada Safe Mode with Networking.



Link Malwarebytes - http://www.filehippo.com/download_malwarebytes_anti_malware/download/6a5b2c1adb0e88e84ab39920bab1ebbd/

Selamat Mencuba!!

25 Jun 2012

Handphone Dicuri!!!smartphone lagi tuu....

He3.....yang penting bukan handphone aku yang di curi yerr....handphone aku ni tak laa secanggih mana pun..brand CSL jer, guna keypad lagi.....mana laa pencuri nak sangat.....Tajuk di atas tuu tak ada kena mengena pada sapa2 pun, cuma aku nak kongsikan sesuatu yang menarik pada pengguna smartphone  nie.....yelah, dunia sekarang nie makin canggih dan pencuri pun semakin bijak mencuri....he3....

Dah banyak dah kes-kes curi handphone sekarang nie, kalau handphone yang mahal kena curi, kan dah putih mata.....kena beli lagi laa jawabnya...keluar lagi duitt......!

Ok, aku nak kongsikan satu aplikasi android untuk pengguna smartphone untuk mencari balik hanphone yang telah hilang/dicuri tuu. Kalau tak dapat pun...sekurang-kurang nya anda dapat membuang data yang masih ada dalam handphone tersebut daripada di ceroboh oleh pencuri.










Aplikasi 'LookOut' dapat mencari balik handphone yang telah hilang/dicuri dengan menggunakan akses internet dalam laman web LookOut tuu sendiri. Bukan itu saja, LookOut juga dapat melindungi handphone anda daripada virus yang tidak baik serta dapat menjaga data privasi anda daripada di ceroboh tanpa kebenaran anda. 

Untuk muat turun aplikasi ini atau ingin mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web ini www.mylookout.com....




Harap dapat membantu!!.....untuk pengguna Android yerr.....

Antivirus yang terbaik untuk 2012!!

Untuk tahun 2012 ini, banyak antivirus yang telah di keluarkan dan antara antivirus yang terbaik untuk tahun ini adalah :

1. Webroot SecureAnywhere Antivirus


2. Norton AntiVirus 2012

 
3. Bitdefender Antivirus Plus 2012






4. Kaspersky Anti-Virus 2012





kalau aku sekarang memang guna Avira yang free edition jeer...belum ada banyak duit lagi nak guna antivirus yang berlesen nie....nanti kalau aku kaya, leh beli dan cuba salah satu antivirus yang di atas tuu...amin.....


Kahwin!!

Perkahwinan???ermm...bila laa aku nak kawen nie yerr.....duit simpanan pn belum ada....best juga tengok kawan2 sebaya aku yang len sudah berkawen...aku???Sabar je laa.....






23 Jun 2012 yang lepas, aku pergi majlis perkahwinan rakan sekerja aku. Memang cemburu laa aku sebab kawan aku dh dapat kawen walaupun dalam usia yang muda, tapi muda lagi laa aku....he3...tapi masa tetap akan berlalu juga dan tak akan berhenti, dan setiap manusia pasti ingin berkahwin seperti aku nie haa..umur aku sekarang 23 tahun (muda sangat!!!!)....ku pun nak kawen awal!!

aku tahu alam perkahwinan nie banyak dugaan dan rintangan nya, tanggungjawab sebagai suami pn besar. Dan suami mesti bijak untuk membimbing isteri dalam ajaran yang baik, mengurus rumah tangga dan membina keluarga yang baik dan harmoni kelak.

Bab alam perkahwinan tuu aku tinggalkan dulu, yang penting sekarang ialah KumPul DUIT!!!Baru laa dapat KAWEN!!tak susahkan ibubapa......dan paling penting, aku tak nak hutang2 masa aku nak kawen nanti....Amin......

Dan aku percaya, selepas perkahwinan tuu nanti aku akan lebih bersikap matang dan mempunyai matlamat hidup. Tuu laa yang terjadi pada kawan2 aku yang len, selepas berkahwin fikiran mereka akan lebih matang dan terurus. Bukan nak kata aku nie tak terurus pn...jangan salah paham yerr....ha3....(eleh....kemas bilik sendiri pun tak pass lagi!!!)...Pulang nanti aku nak belajar masak pula, dapat laa tolong isteri masak bila dh kawen....he3...

Selamat pengantin baru kepada Luna dan isterinya semoga dapat anak cepat2 yer.....he3...

22 Jun 2012

Cara nak setting 3G dan 2G MMS / Internet Mobile






Pergi ke menu Setting mobile anda –> wireless and network –> mobile network –> Access Point Names.

 Celcom
Setting Untuk 3G
Name : Celcom 3G MMS
APN : celcom3g
MMSC :
http://mms.celcom.net.my
MMS proxy : 10.128.1.242
MMS port : 8080
MCC : 502
MNC : 19
APN type : mms

Setting untuk 2G
Name : Celcom 2G MMS
APN : mms.celcom.net.my
MMSC :
http://mms.celcom.net.my
MMS proxy : 10.128.1.242
MMS port : 8080
MCC : 502
MNC : 13
APN type : mms

Selepas setting sebaik-baiknya restart dulu mobile anda kemudian hidupkan atau on Use packet data di bahagian Mobile Network

DiGi
Name : Digi MMS
APN: digimms
username: mms
password: mms
Proxy: 203.092.128.160
Port: 80
MMSC: http://mms.digi.com.my/servlets/mms
MMS Proxy: 203.092.128.160
MMS Port: 80
MCC: 502
MNC: 16
APN Type: mms

Maxis
Name : Maxis(3G)
APN : unet
Username : maxis
MMSC : http://172.16.74.100:10021/mmsc
MMS proxy : 202.075.133.049
MMS port : 80
APN type : default,mms


Selamat Mencuba yerrr......


21 Jun 2012

Cara-cara Untuk Setting Celcom Broadband

Hari ini aku nak berkongsi pada anda bagaimana untuk setting celcom broadband anda yee...

Mula-mula :



1. Tekan pada 'Tool' dan pilih 'Options', maka akan keluarlah paparan seperti di atas.
2. Tekan pada 'Profile Management', selepas itu tekan pada 'new' dan tulis 'Profile Name'.
     Contoh :  Celcom 3G
3. Authentication – Tulis access number : *99#
4. Username: biarkan kosong
5. Password: biarkan kosong
6. DNS Settings pilih Dynamic.
7. APN and Additional Settings: Static - APN: celcom3g
8. IP Settings: Dynamic
9. Authentication Protocol: CHAP
10. WINS Settings: Dynamic
11. Save.
12. Tekan Pada 'Network' pula, pilih pilihan WCDMA preferred dan apply.

Dan Selamat Mencuba....

Sumber : Di sini


20 Jun 2012

Dead Space 2!!





Semalam aku main permainan Dead Space 2 yang baru aku beli 4 hari yang lepas, perghhh memang seram laa main game nie. Sebelum nie aku pun pernah main Dead Space 1, seram juga lerr itupun adik aku yang tolong habiskan game tuu, hehehe....takuttt...


Game Dead Space 2 memang best sampai mampu membuatkan aku yang gagah lagi macho nie sampai takut main game nie dan tak senang duduk oleh nya, kerana game nie mempunyai makhluk,  visual graphic dan audio yang cantik dan memukau serta menakutkan. Keadaan sekitar dalam permainan ini juga menyeramkan dan makhluk dalam game nie memang pantas menyerang mangsanya tidak seperti zombie yang datang ke arah mangsanya boleh lagi slow motion berjalan gitu..ermmm....boringggg...sistem bunyi Dead Space 2 yang memang kena serta bijak dalam setiap babak yang di mainkan.

Memang puas hati laa main game nie walaupun aku kalau main game nie kena ada teman sebab takut sangat sampaikan adik lelaki aku menjadi mangsa temankan aku...hahahaha...

 
Dead Space 2 berwajah baru dan lebih menarik.


Dead Space yang pertama.


Antara scene yang menyeramkan. Errr...tak sanggup aku..!




Hehehe....


Kepada peminat games yang genre seram macam nie, boleh try game Dead Space 2 nie sama ada seram atau tidak....lain orang, lain pandangan nya.....jangan lupa komen kalau dh try game nie yeee.....

Dead Space 2 Minimum System Requirements
OS: Windows XP (SP2), Windows Vista, Windows 7
CPU: 2.8 GHz processor or equivalent (any Pentium 4 2.8 GHz or better, AMD Athlon64 3000+ or better, any Athlon64 X2 or Core Duo processor)
RAM: 1 GB (XP), 2 GB (Vista or Win7) or more
DISC DRIVE: 8x speed or faster CD/DVD drive
HARD DRIVE: At least 10 GB of free space
VIDEO: 256 MB Video Card and Shader Model 3.0 required. NVIDIA GeForce 6800 or better (7300, 7600 GS, and 8500 are below minimum system requirements) ATI X1600 Pro or better (X1300, X1300 Pro and HD2400 are below minimum system requirements)
SOUND: Direct 9.0c compatible sound card



Selamat Mencuba!!!







18 Jun 2012

Selamat Hari Bapa!!

 Salam semua.....

Tidak sangka hari cepat b'lalu....dan semalam adalah hari bapa di seluruh dunia, tapi aku masih belum lagi mengucapkan 'Selamat Hari Bapa' kepada ayahku. Hadiah untuk diri nya pun tiada. Ermm....

Aku sangat sayangkan ayahku walaupun beliau jauh daripada di sisiku, ku doakan kebahagiaan nya setiap masa. Aku akan buktikan pada nya, yang aku boleh membuatkan dirinya berasa bangga dan berguna pada nya. Aku akan berbakti dan membalas jasa pada nya. Aku sayangkan Ayah.....

Selamat Hari Bapa Sedunia!!!! Chaiyo2!!!