18 Disember 2012

Install Windows 7 hanya menggunakan USB Pendrive

Salam 1Malaysia,


saya nak kongsikan satu tutorial untuk anda bagaimana hendak meletakkan Windows 7 Installer di dalam USB Pendrive dan tak perlu lagi menggunakan DVD untuk install windows 7.

Tutorial

Bahan - bahan yang diperlukan :

1. Download software Windows 7 USB/DVD Download Tool di sini
2. Kemudian install Windows 7 USB/DVD Download Tool pada sistem komputer/laptop anda.
3. Pastikan anda mempunyai dvd windows 7 sendiri.
4. Download software MagicISO di sini
5. Install MagicISO pada sistem komputer/laptop anda.
6. 4GB keatas untuk USB pendrive di perlukan.

Cara -caranya :

1. Masukkan DVD windows 7 pada DVD-Rom anda
2. Buka aplikasi MagicISO, kemudian tekan menu "Tools" dan klik pilihan "Make ISO from CD/DVD - ROM".
3. Pilih destinasi file yang akan siap di proses pada "Output File" mengikut pilihan anda serta namakan file tersebut. Contoh nama file :"windows7".
4. Pada ruangan "Output Format", tukar ke pilihan "Standard ISO Image file (.ISO)". Setelah itu, tekan butang "OK" untuk di proses dan tunggu sehingga habis proses kemudian tutup aplikasi MagicISO.
5. Masukkan USB Pendrive pada komputer/laptop anda
6. Jalankan software Windows 7 USB/DVD Download Tool sebagai "administrator"


7. Kemudian, cari file yang telah di proses menggunakan MagicISO tadi iaitu "windows7", dan tekan butang "Next".
8. Tekan butang "USB Device" untuk meletakkan windows 7 Installer di dalam USB Pendrive anda.
9. Setelah  USB Pendrive anda di kenalpastikan, klik pada "Begin Copying" untuk memulakan proses berikutnya dan tunggu sehingga selesai.
10. Selepas proses selesai, USB pendrive anda sudah mempunyai Windows 7 installer dan boleh dijalankan pada boot menu seperti biasa tanpa perlu menggunakan DVD lagi.


Selamat mencuba!!    : - )

16 November 2012

PhewTick Make Money!!

Salam 1Malaysia


 Satu aplikasi yang boleh menjana pendapatan secara sampingan hanya dengan cara Scan QR code pada smartphone lain yang menggunakan aplikasi yang sama iaitu aplikasi Phewtick.

Phewtick


Untuk mendapatkan duit, anda hendaklah mengumpul "Point" sebanyak yang mungkin untuk ditukarkan kepada duit sebenar. Menebus duit anda boleh dilakukan melalui Paypal.

Cara-cara menggunakan aplikasi Phewtick :






 Pengguna hendaklah mempunyai akaun Facebook untuk membolehkan anda menggunakan aplikasi ini, dan apabila anda berjumpa dengan rakan facebook anda atau orang baru, maka gunakanlah aplikasi ini untuk mendapatkan Point anda. Pastikan rakan anda mempunyai aplikasi yang sama supaya dapat bersama-sama mengumpul Point itu.

Tidak di nyatakan minimum pengeluaran duit tersebut dan sejauh mana kebenaran aplikasi ini untuk mendapat duit dengan mudah, tapi kita cuba laa dulu manalah tau betul-betul boleh menjana pendapatan, kita juga yang untung lagipun aplikasi ini adalah percuma tau.

Phewtick dapat di muat turun pada Google Play dan App store secara percuma.

*** REQUIREMENTS ***


Phewtick requires Android OS 2.2 or later.



Selamat mencuba....!




14 November 2012

Cara untuk mendapatkan File yang hilang atau terbuang

Salam 1Malaysia,

Hari ini, saya nak kongsikan ilmu pada anda semua mengenai cara untuk mendapatkan file yang terbuang secara tidak sengaja tidak kira di dalam Pendrive, Local Disk, Recycle Bin dan banyak lagi.

Recuva


- Recuva merupakan satu aplikasi yang khas untuk mencari data yang telah hilang ataupun terbuang sama ada Mp3, gambar, file kerja, dan banyak lagi.

- Dapat mengembalikan data daripada SmartMedia, Secure Digital, MemoryStick, Digital cameras, Floppy disks, Jaz Disks, Sony Memory Sticks, Compact Flash cards, Smart Media Cards, Secure Digital Cards, dan sebagainya.

- Supports FAT12, FAT16, FAT32, exFAT, NTFS, NTFS5 , NTFS + EFS file systems


- Penggunaan aplikasi Recuva amat mudah di fahami dan mesra pengguna.


Kepada sesiapa yang baru saja kehilangan data, bolehlah menggunakan aplikasi Recuva nie. Mudah sangat...Guna Jari Pun Boleh....hehehehehe.....Dan aplikasi Recuva nie adalah percuma tau....


Boleh download aplikasi nie di bawah :

 Recuva Download

Requirements: 
- Windows 2000 / XP / 2003 / Vista / Windows7 / XP64 / Vista64 / Windows7 64

* banyak lagi aplikasi yang sama fungsinya dengan Recuva, tapi saya lebih gemar menggunakan aplikasi Recuva nie sebab sangat mudah di gunakan.... 

Selamat Mencuba....! 
  

12 November 2012

Angry Bird Edisi Star Wars!

Salam 1 Malaysia semua,

Satu lagi edisi keluaran terbaru oleh Rovio pada November 2012 ini iaitu Angry Bird Star Wars yang boleh di muat turun dalam android, IOS dan windows phone anda.
Kesemua karakter Angry Bird telah menyerupai karakter yang ada di dalam filem Star Wars Edisi pertama dulu. Memang masih comel lagi bentuk wajah Angry Bird Star Wars walaupun dah berubah wajah sedikit.




Dan ini merupakan video permainan Angry Bird Star Wars :


Kepada peminat setia Angry Bird, anda boleh muat turun sekarang di Google Play secara percuma untuk pengguna Android, manakala untuk IOS dan Window Phone boleh muat turun ikut saluran masing - masing dengan bayaran $0.99.

Selamat Mencuba....hehehehe....


23 Oktober 2012

Netbook Win7 Starter punya wallpaper dapat tukar?

Salam 1Malaysia semua...

Lama dah tak update blog nie...maklum laa sibuk sangat dengan komitmen kerja & bisnes kecil-kecilan yang dijalankan oleh aku sendiri untuk mendapatkan pendapatan sampingan untuk keluarga aku....heheheheh,...

Hari ini aku nak kongsikan informasi yang berguna pada semua pengguna Netbook, dan pasti ramai yang masih menggunakan Netbook walaupun sekarang nie dah banyak dah orang"demam TABLET"....macam aku nie juga....gila laaa SgT!!



Untuk makluman anda, ramai pengguna Netbook yang menggunakan windows 7 Starter belum mengetahui bahawa wallpaper dalam netbook anda dapat ditukar ke wallpaper yang anda suka sepertimana notebook atau PC yang boleh di tukar wallpaper background yang diingini.

Maksudnya, Netbook tidak mempunyai pilihan "Personalize" pada ruangan desktop atau Control panel seperti yang terdapat pada PC & Notebook biasa apabila menggunakan Windows 7 Starter atau Home Basic.

Contoh pilihan "Personalize" yang dimaksudkan di atas

 Apabila tiada pilihan "Personalize" pada netbook anda, maka wallpaper background tidak dapat di tukar sama sekali.

Tapi jangan risau, kini ada jalan penyelesaiannya untuk pengguna Netbook Windows 7 Starter.

Anda hanya perlu muat-turun satu perisian yang membolehkan anda mempunyai "Personalize Panel" sendiri pada Netbook anda.

1. Download AeroPatch di Sini

2. Kemudian, extract file tersebut.

3. Jalankan perisian itu sebagai "Run as administrator" seperti gambar di bawah :


4. Install perisian AeroPatch, setelah selesai install restart windows anda.

5. Selepas itu anda dah boleh mengubah wallpaper background anda mengikut kesukaan anda.

Selamat Mencuba......

Jika masih mempunyai masalah atau kurang faham, jangan malu untuk bertanya yerr....


9 Oktober 2012

Berapa Harga Blog Anda sekarang?

Hai Semua...

Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang Value sesebuah blog yang anda telah bina sendiri selama ini.

Untuk mendapatkan harga yang tinggi pada blog anda, blog anda hendak laa mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

1. Halaman page blog yang menarik.
2. Blog yang dah di bina lebih daripada 1 tahun.

3. Susunan kata dan page yang baik.
3. Jumlah backlink yang ada.
4. Komen daripada pengunjung blog anda.
5. Jumlah pengikut blog anda.
6. Pendapatan blog anda.


Harga blog saya sekarang baru mencecah RM 973.83....emm...xpe....nanti makin b'tambah harga blog saya nanti.....

Kalau nak tau harga blog anda sekarang nie....klik Berapa harga Blog Saya??

Macam mana?dapat tandingi blog saya x?heheheheheehe.....

8 Oktober 2012

What A Different on You From Another PErson??

It's up too you if you want to be yourself or someone else........

But.....

What wrong with you that you want be someone else but not be youself?

Are you not confidence be yourself?

Are you think that you will be special after you just like someone else?

Or you don't like the way you are?

My Friends...You must know this...

When you learn to love yourself...

You're better off by far..

You will the best from other person...

Trust yourself.....Thats important thing....


28 September 2012

Zello untuk Semua!!!!

Hai semua.....

Hari ini ada perkara menarik yang nak di kongsikan pada anda semua tau.....sekarang terdapat satu perisian yang dah menjadi kegilaan ramai pada tahun ini...perisian ini sama fungsi seperti walkie - talkie yang sebenar.....aku perkenalkan....perisian ZELLO....untuk Android, blackberry, iPhone dan juga PC.






Kelebihan ZELLO :


1. Zello menyokong saluran di mana anda boleh bercakap dengan seseorang atau sehingga 100 orang dari seluruh dunia ... pada masa yang sama.

2. Perbualan Zello hampir secepat perbualan muka-ke-muka dan lebih cepat daripada komunikasi dalam talian.

3. Hanya tekan butang untuk bercakap. Anda kemungkinan besar tidak akan perlu untuk mengkonfigurasi apa-apa untuk mula menggunakan Zello.

4. Tidak perlu menggunakan Earphone untuk mendengar perbualan anda dengan rakan anda, hanya perlu menggunakan pembesar suara sahaja.

5. Zello dapat berfungsi dengan baik melalui WiFi dan 3G, dan walaupun hanya GPRS serta EDGE.


Dan paling menarik sekali adalah, perisian ZELLO ini adalah percuma!!!dan kredit anda pun dapat di jimatkan.....hanya perlukan wifi sahaja dah mencukupi untuk anda bercakap dengan rakan2 anda....apa lagi??download laa sekarang juga...... 




20 September 2012

Resident Evil Menganass!!

Hai suma....

Sekarang di pawagam tengah hangat filem Resident Evil Retribution tau!!...tapi saya belum tengok lagi...memang minat sangat dengan filem Resident Evil nie, dari games sampai laa ke filem...memang best...


di bawah nie pulak trailer movie tersebut..

 

Selain itu, permainan terbaru Resident Evil 6 akan keluar tidak lama lagi pada penhujung tahun 2012 ini juga. Hampir suma karakter yg ada dalam Resident Evil terdahulu ada di dalam game Resident Evil 6 nie tau..seperti Leon, chris Redfield, Ada Wong dan lain2.

akan datang pada awal Oktober 2012












Layan trailer Resident Evil 6...


 
tak sabar pulak nak tengok filem dan permainan Resident Evil yang baru nie...he3....permainan Resident Evil 6 keluar dalam versi PC, Xbox dan PS3.


6 September 2012

Aplikasi Permainan Android Terbaik September 2012!!

1. Major Mayhem



2. Monster Shooter



3. 3D Badminton



4. Where's my water







ok...yg suma ini pilihan terbaik bg aku yerr.....mmg best laa....heheheheh...

5 September 2012

Laa...laa...lalaaa...Android Lagi....Huh??Windows??

ish..ish,,,,ish...best juga aplikasi-aplikasi android sekarang nie yeerr, macam2 ada....sampaikan hampir suma org nak phone android skrang...sebagai bukti....orang kiri kanan aku suma pkai phone android serta aku sendiri yg menggunakan nya...hehheheheh..(tak cukup bukti pun...!)
Aplikasi android suma nyer best2 dan yg paling penting friendly user tau, sebab tuu laa ramai yg sukakn nya...lebih2 lagi mudah nk dapatkan aplikasi hanya perlu download pada Play Store/market saja.
Ok, apa yg ingin ku katakan di sini adalah aplikasi android dapat di gunakan pada komputer or laptop anda tau....tak percaya???takpe...tunggu korang yerr...



BlueStacks

BlueStack adalah satu aplikasi yang membolehkan anda mengunakan aplikasi android pada komputer/laptop anda seperti phone android yg sebenar. Aplikasi ini mudah di gunakan serta cara penggunaan nya memang sama dengan phone android anda. Dan yang paling penting, Aplikasi Bluestacks ini adalah PERCUMA/FREE!!!heheheheh....Aplikasi Bluestacks juga dapat digunakan pada versi MAC apple.



Cuba laa sekarang....!!

dapatkan aplikasi BlueStacks percuma untuk komputer/laptop anda sekarang Di sini!


27 Ogos 2012

Android Delete Contact!!

Assalammulaikum dan salam sejahtera....

Apa Khabar semua??Dan aku tahu kita semua baru lepas cuti Hari raya sebelum nie kan....rasa nak cuti lagi laa pulak....he3....jgn lebih2 pulak....POTONG Gaji KanG!!!tak sanggup aku.....!!


Ok...aku baru dapat handphone daripada wife aku iaitu Sony Ericsson X8 dan versi android pula 2.3.7 (GingerDX), maklum laa wife aku dapat handphone baru yang aku belikan semalam (secondhand laa...tapi bagus lagi...he3...). So, dari semalam aku kejakan dan dh mcm2 benda dh aku install and uprade kt handphone aku nie. Jadi ada part yang aku nk share pada mana2 Android User yang ingin tahu untuk membuang contact list daripada handphone android nie. Part lain pula, aku akan ajar pada len hari ok.

Cara-caranya adalah :

Buka Setting => Applications => Manage applications => cari Contact Storage => dan Clear Data.

walaupun tips yang di bagi tidak begitu penting, tapi amat berguna kepada orang yang memerlukan seperti aku nie haa...yang tak tahu sangat menggunakan Android nie.

selamat mencuba kawan2....

7 Ogos 2012

ZaMER nK rEHAT dUlu....

Menjelang Bulan Ramadhan sekarang nie, gue nk berehat daripada berblog seketika until lepas raya nanti. Kepada semua muslim, gue ingin memohon maaf andai ada salah dan silap kepada anda semua dan selamat menyambut hari raya bersama keluarga dan kawan2 t'sayang....Selamat HAri RAya!!!



27 Julai 2012

Kini mampu Miliki Digimon Percuma...free!!!!Cepat!!


Hehehheh.....Ingat lagi tak cerita kartun di atas??pasti ramai yg tau dan minat cerita nie....kepada peminat Digimon dr dulu lagi....ada berita baik untuk anda...

Dulu ada keluaran permainan daripada Bandai iaitu Digimon VPet, permainan yg femes masa zaman aku msh sekolah rendah dulu dan menjadi idaman setiap kanak2 masa tuu. Di bawah adalah gambar Digimon VPet :

 
Digimon VPet










Tapi masa tu aku tak pernah dapat miliki Digimon Vpet nie sebab aku msh skolah, jd xda duit nk bli brg nie. Kalau nk minta ngn parent, susah sgt2 sbb bkn keluarga yg kaya pn.....tgk kawan2 main je laa....

Namun sekarang aku mampu miliki Digimon VPet dengan percuma jer, dan korg pn leh dpt free tau...nak tau mcm mana nk dapatkan nya??dengan satu syarat.....korg mestilh Android user....dengan android, korg leh download percuma sahaja di Play Store pd android korg....taip saja 'VPET' dan download...

VPet Android
VPet Android nie membolehkan korg main seperti Digimon VPet juga, seperti biasa kita kena bg mkn, training dan sebagainya.




Anda mampu miliki 4 digimon kesemuanya tau dalam satu masa, hanya perlu reset device setiap paparan yg ada. VPet android nie mempunyai 3 butang iaitu A,B dan C pada skrin di sebelah kanan, fungsinya sama macam Digimon VPet yang asal. Bestkn??Akhirnya aku dapat juga main permainan nie....Terbaik!!!Sapa nk lawan digimon aku??mari laa......hehehehe...
Selamat Mencuba!!


25 Julai 2012

Microsoft Games For Windows live....Banyak nye!!!


Kepada peminat-peminat games lebih2 lagi PC User, mungkin menerima banyak masalah ketika install atau main permainan dari Games For Windows Live atau singkatannya GFWL. Antara masalah yg terjadi iaitu masalah launching game, save game dan lain2.....

Contoh 1


GFWL mempunyai aplikasi sokongan untuk menjalankan sesuatu permainan tersebut, setelah aplikasi sokongan sudah ada di dalam sistem komputer pasti tiada masalah untuk jalankan permainan  kecuali Hardware komputer anda tidak dapat mematuhi minimum requirement sesuatu games itu.

Antara aplikasi sokongan tersebut ialah :

1.  Games for Windows - LIVE atau Games for Windows Marketplace client (pastikan version yg terkini )

2. DirectX


3. .Net Framework Version 4.0 (Terkini)


4. OpenAL


5. PhysX (Nvidia)


Harap Artikel ini dapat membantu orang yang memerlukan...he3.....andai ada salah...sila kongsikan kepada semua....

Selamat Mencuba!!!!

Selamat Berpuasa.....





Saya ingin menucapkan Selamat Berpuasa kepada umat islam di seluruh dunia, moga di berkati segala amalan kita di dunia dan sentiasa berfikiran positif di bulan ramadhan ini yee....kepada kawan2, jangan ponteng puasa yee, kito dh beso no.....no excuse2 den.....he3....lain laa perempuan yg dah x leh elak lagi dh....sabo jo laa.....he3....Dan jangan lupa, di bulan ramadhan ini hendaklah amalkan sikap yang jimat cermat yerr...saya tahu banyak pilihan makanan di bazaar ramadhan yg murah2 dan 'mengoda' sangat....he3....tapi yang penting seimbangkan pemakanan seharian kita yee agar badan kita sentiasa sihat dan cergas serta elakkan dari pembaziran makanan, jikalau ada lebihan makanan dan masih elok lebih baik bg kat saya ok!!!xda laa....sebaik2nya sedekahlah pada orang di surau.....dapat tambahkan pahala...!!!peace....kalau ada silap kata, maafkan saya.....



SELAMAT BERPUASA SEMUA!!!!!





9 Julai 2012

The Amazing Spiderman!!

Semalam tengok wayang bersama cousin, cerita The amazing Spiderman.....memang best laa daripada versi sebelum nie.....tak rugi pun tengok!!

Persembahan aksi yang sgt menarik, gaya hero yg lebih bersahaja dan elemen lucu turut diterapkan walaupun dalam pertarungan. Tengok cerita ini memang tidak senang duduk apabila Dr connor menjadi cicak gergasi yang ganas dan menyeramkan apabila ingin cuba menyembuhkan tangan kudungnya dengan suntikan kimia yang telah di hasilkan. Bagi yang belum tengok cerita nie, pergi laa tgk wayang or tunggu keluaran dvd saja..jom layam trailer The amazing Spiderman di bawah....


Terbaik!!!

6 Julai 2012

REzeki.....!

hohohooho......byk senang ati gua Oooo.........syukur kepada Allah kerana melimpahkan rezeki kepada hamba Mu yang lemah ini.....kepada Mu ku berserah.......hanya kepada MU ku memohon keampunan......amin....

Rezeki dtg tanpa di duga, aku bakal melangsungkan perkahwinan aku tak lama lagi....rezeki pn dtg mendadak tanpa di duga.......syukUR SGT2!!!! Terima ksh sgt2 kepada semua keluarga, sahabat2 dan rakan2 sekerja serta Boss aku kerana bg sokongan, sumbangan dan sebagainya.....aku menghargai sgt2!!

tercapai juga aku kahwin awal, tidak kisah laa apa org nk kata...yg penting aku berkahwin dgn cara yg baik. Dan aku akan fokus serta memberi bimbingan ke jalan yg benar dan baik pada keluarga yg bakal aku bina....amin......




28 Jun 2012

DiRT 3!!

Kepada peminat permainan lumba kereta, saya syorkan permainan DiRT 3. Keluaran edisi yang ketiga ini lebih baik daripada sebelumnya. Grafik dan sistem bunyi yang baik serta kawalan kereta yang baik. lebih seronok jika dijadikan permainan 3D. Lihatlah Screen Shot di bawah ini :













Features

  • Offline players 1 - 2

Online features

  • Online multiplayer 2 - 8
  • Online co-op 1 - 8

Minimum requirements

  • Windows XP, Windows Vista, Windows 7
  • Intel® Core Duo 2.8 GHz or AMD® Athlon™ 64 X2 2.8 GHz
  • 2 GB RAM and 15 GB disk space
  • 256 MB NVIDIA® GeForce® 8300 or ATI Radeon™ HD 2400 video
  • DirectX® 9.0c
Aku juga main permainan ini serta mempunyai edisi DiRT 2 dan DiRT 3. Memang best. Selamat mencuba.....



26 Jun 2012

Kepada Peminat Manga!!

Kepada pembaca MangaReader atau MangaFox, kini lebih mudah dengan aplikasi Hakuneko untuk di jadikan koleksi peribadi.



Hakuneko ini memang khas untuk peminat tegar pada Manga, serta boleh dimuat turun manga ke desktop pengguna tu sendiri.


berminat??download pada link ini hakuneko.

Selamat Mencuba.....

Hantar SMS melalui komputer or laptop anda!!

Hai....berita baik untuk Pengguna Android sahaja yer.....!!pengguna symbian or else mcm aku nie tak ada berita gembira pun....ermm....

Ok....selalunya kebanyakan orang yang melayari internet or apa-apa saja yang boleh membuatkan mereka alpa sehinggakan handphone sendiri telah menerima sms or calling banyak kali daripada rakan2 dan family diorang dah tak peduli dah. Selesai jer main komputer, baru perasaan ada sms dan miss call pada handphone tuu. Kalau ada emergency case kan lagi teruk mcm tuu...


Dan untuk mengelakkan perkara itu terjadi, aku perkenalkan salah satu aplikasi android yang bertajuk FastText dan made In Malaysia pulak tuu. Aplikasi ini membolehkan pengguna menerima sms terus ke desktop, serta dapat membalas sms terus daripada komputer pengguna. Aplikasi ini turut mempunyai Contact List untuk memudahkan penggunanya.


Apa-apa pun, pengguna android boleh cuba menggunakan aplikasi ini. Dan perisian aplikasi ini hanya dapat digunakan pada android serta komputer yang menggunakan sistem operasi windows sahaja.

Jika ingin mendapatkan aplikasi ini, pergilah ke Google Play di smartphone anda sekarang serta muat turun untuk komputer anda juga.

Harap dapat membantu yer....!


Dunia AKu!!

Hari keja
 ==> Bangun daripada sleep => mandi => pegi keja => menghadap komputer selama 5 jam tanpa henti => rehat (makan) => kalau langsung tak ada keja, menghadap komputer lagi selama 5 jam => balik ke rumah => kalau tiada makanan di masak??aku laa yang kena masak....cuci dan jemur kain => mandi => main komputer games selama 3 jam => sleep well.......perkara yang sama dilakukan keesokan harinya....

Hari weekend
==> Bangun daripada sleep => mandi => kemas rumah (kalau rajin laa...he3...) => masak => Pegi jalan2 bawa family => pulang ke rumah => mandi => main komputer games selama 3 jam => sleep well.......



Time keja, aku memang banyak berehat laa....bukan nya curi tulang pun....aku sebagai IT Technician di tempat keja aku nie, kalau ada problem yang berkaitan dengan IT, baru laa aku ada keja....kalau tidak ada....Cari informasi, berita dan sumber maklumat yang berguna laaa jawabnya or 'menghadap komputer jerr'....

Untuk pengetahuan anda.....walaupun sekarang Facebook, Twitter dan sewaktu or seangkatan dengan nya semakin digemari ramai, tapi aku tidak terlibat pun. Dulu memang aku mempunyai akaun facebook, tapi oleh kerana banyak berita yang kurang menyenangkan saban hari dalam berita berkaitan dengan facebook. Aku mula mengambil langkah untuk tidak meneruskan lagi akaun facebook aku tuu tanpa paksaan sapa2 pun. Aku sekarang lebih berminat untuk berkongsi ilmu dan kerana itulah aku buat blog ini....he3....jangan marah yaa kepada kawan2 aku di facebook tuu...klau nak tau perkembangan aku....jemput laa ke blog aku nie yerr......sambil melawat blog aku nie....dapat juga berkongsi ilmu......he3...Peace No War....! 


Masa tetap berlalu pergi...putaran hidup aku tetap sama.....aku ingin membuat sesuatu perubahan dalam hidup aku....agar bermakna suatu hari kelak.......!



Remove Antivirus Protection 2012 Fake!!


Hari ini aku nak kongsikan kepada anda bagaimana nak atasi masalah seperti di atas iaitu antivirus yang kita tidak ketahui dari mana sumbernya dan selalu menganggu kita untuk menggunakan komputer.
Di bawah ini adalah langkah-langkah untuk membuang antivirus yang penipu nie  :

1. Restart komputer anda => tekan butang F8 beberapa kali ketika komputer di hidupkan sehingga keluar paparan seperti di bawah ini :



2. Pilih Safe Mode With Networking dan tekan butang ENTER.
3. Kemudian muat turun aplikasi pada Link yang berikut :
i. TDDSKiller - http://support.kaspersky.com/downloads/utils/tdsskiller.exe


ii. Rkill - http://download.cnet.com/RKill/3000-8022_4-75221743.html?tag=rbxcrdl1


iii. Unhide - http://download.bleepingcomputer.com/grinler/unhide.exe



4. Kemudian jalankan aplikasi di atas mengikut urutan.
5. Andai tidak berjaya, muat turun aplikasi Malwarebytes dan pastikan Update terlebih dahulu. Paling penting, jalankan semua aplikasi di atas pada Safe Mode with Networking.



Link Malwarebytes - http://www.filehippo.com/download_malwarebytes_anti_malware/download/6a5b2c1adb0e88e84ab39920bab1ebbd/

Selamat Mencuba!!

25 Jun 2012

Handphone Dicuri!!!smartphone lagi tuu....

He3.....yang penting bukan handphone aku yang di curi yerr....handphone aku ni tak laa secanggih mana pun..brand CSL jer, guna keypad lagi.....mana laa pencuri nak sangat.....Tajuk di atas tuu tak ada kena mengena pada sapa2 pun, cuma aku nak kongsikan sesuatu yang menarik pada pengguna smartphone  nie.....yelah, dunia sekarang nie makin canggih dan pencuri pun semakin bijak mencuri....he3....

Dah banyak dah kes-kes curi handphone sekarang nie, kalau handphone yang mahal kena curi, kan dah putih mata.....kena beli lagi laa jawabnya...keluar lagi duitt......!

Ok, aku nak kongsikan satu aplikasi android untuk pengguna smartphone untuk mencari balik hanphone yang telah hilang/dicuri tuu. Kalau tak dapat pun...sekurang-kurang nya anda dapat membuang data yang masih ada dalam handphone tersebut daripada di ceroboh oleh pencuri.










Aplikasi 'LookOut' dapat mencari balik handphone yang telah hilang/dicuri dengan menggunakan akses internet dalam laman web LookOut tuu sendiri. Bukan itu saja, LookOut juga dapat melindungi handphone anda daripada virus yang tidak baik serta dapat menjaga data privasi anda daripada di ceroboh tanpa kebenaran anda. 

Untuk muat turun aplikasi ini atau ingin mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web ini www.mylookout.com....




Harap dapat membantu!!.....untuk pengguna Android yerr.....