23 Oktober 2012

Netbook Win7 Starter punya wallpaper dapat tukar?

Salam 1Malaysia semua...

Lama dah tak update blog nie...maklum laa sibuk sangat dengan komitmen kerja & bisnes kecil-kecilan yang dijalankan oleh aku sendiri untuk mendapatkan pendapatan sampingan untuk keluarga aku....heheheheh,...

Hari ini aku nak kongsikan informasi yang berguna pada semua pengguna Netbook, dan pasti ramai yang masih menggunakan Netbook walaupun sekarang nie dah banyak dah orang"demam TABLET"....macam aku nie juga....gila laaa SgT!!



Untuk makluman anda, ramai pengguna Netbook yang menggunakan windows 7 Starter belum mengetahui bahawa wallpaper dalam netbook anda dapat ditukar ke wallpaper yang anda suka sepertimana notebook atau PC yang boleh di tukar wallpaper background yang diingini.

Maksudnya, Netbook tidak mempunyai pilihan "Personalize" pada ruangan desktop atau Control panel seperti yang terdapat pada PC & Notebook biasa apabila menggunakan Windows 7 Starter atau Home Basic.

Contoh pilihan "Personalize" yang dimaksudkan di atas

 Apabila tiada pilihan "Personalize" pada netbook anda, maka wallpaper background tidak dapat di tukar sama sekali.

Tapi jangan risau, kini ada jalan penyelesaiannya untuk pengguna Netbook Windows 7 Starter.

Anda hanya perlu muat-turun satu perisian yang membolehkan anda mempunyai "Personalize Panel" sendiri pada Netbook anda.

1. Download AeroPatch di Sini

2. Kemudian, extract file tersebut.

3. Jalankan perisian itu sebagai "Run as administrator" seperti gambar di bawah :


4. Install perisian AeroPatch, setelah selesai install restart windows anda.

5. Selepas itu anda dah boleh mengubah wallpaper background anda mengikut kesukaan anda.

Selamat Mencuba......

Jika masih mempunyai masalah atau kurang faham, jangan malu untuk bertanya yerr....


Tiada ulasan: