31 Oktober 2013

Plants Vs Zombies 2

Salam 1Malaysia Semua....



   Nampaknya demam Plants vs Zombies akan bermula lagi, kini pengguna Android & IOS boleh memuat-turun permainan Plants vs Zombies 2 yang baru di keluarkan.
 
   Plants vs Zombies 2 kali ini membawakan wajah-wajah baru dan lebih banyak peringkat yang perlu dilalui pemain. Dan pelbagai kuasa baru pada Plants & Zombies yang akan membuat permainan ini lebih menarik dan mencabar.





*main jangan tak main yer.....hehehehe.....

 

30 Oktober 2013

Tutorial untuk Install serta activation pada Microsoft Office 2010

Assalammualaikum & salam 1Malaysia...



     Hari ini saya nak kongsikan tutorial untuk Install serta activation pada Microsoft Office 2010 di dalam PC/notebook anda. (Tutorial ini khas untuk pembeli pendrive bootable daripada saya)

Cara-cara untuk install seperti di bawah :
1.Buka fail Microsoft Office 2010
2.Jalankan "Setup.exe" (Microsoft Office 2010)
3.Klik pada "I accept the term..." dan klik "Continue"
4.Kemudian klik pada  "Customize"
5.Buat seperti gambar di bawah :


  












6.Klik pada "Install Now" dan tunggu sehingga habis install
7.Setelah itu, buka salah satu Microsoft office seperti Microsoft word
8.Kemudian, akan ada satu paparan yang pengguna kena buat pilihan. Pada pilihan itu, klik pada "Don't changes" dan klik "ok".
9.Tutup aplikasi Microsoft Word.

*Seterusnya membuat activation pada Microsoft Office 2010
Cara-caranya:
1.Buka fail "Microsoft Office 2010 Activation"
2.Jalankan aplikasi "MS Office 2010 Activation.exe" pada "Run as Administrator"
3.Klik pada "Advanced Mode"
4.Seterusnya, klik pada "Office KMS Activator"


















5.Kemudian klik pada "Forever Office KMS Activation"


















6.Tekan huruf "y" dan "Enter" untuk menjalankan activation. Kemudian tunggu sehingga habis activation

*Selepas itu, untuk melihat sama ada berjaya atau tidak activation Microsoft Office 2010 anda.
1.Buka Microsoft Word
2.Klik pada "File" yang berada di atas sebelah kiri paparan
3.Kemudian klik pada "Help" dan lihat hasilnya.

*Activator ini juga boleh digunakan untuk activation Windows 7,8, Microsoft office 2010 & 2013.

Semoga berjaya!!

24 Oktober 2013

Cara Untuk menjalankan CD windows atau Pendrive Bootable pada Windows 8

Salam Sejahtera Semua....



    Hari ini saya nak kongsikan cara untuk menjalankan CD windows atau Pendrive Bootable pada PC/Notebook anda yang menggunakan Windows 8. Tujuan saya kongsikan tutorial ini adalah untuk membolehkan anda yang ingin membuat windows repair jika berlakunya sistem operasi gagal berfungsi dengan baik atau mungkin juga anda ingin format  PC/Notebook anda kepada Windows 7 atau 8 yang baru.

Kadangkala, Windows akan gagal berfungsi jika secara tak sengaja pengguna memasukkan hardware atau software yang tak sepadan dengan PC/Notebook dan terus memberi kesan kepada sistem operasi windows pengguna sehingga gagal berfungsi, dan ini akan menyukarkan pengguna untuk membuat Windows repair yang telah tersedia ada, dan jika perlu menggunakan CD Windows ataupun Pendrive Bootable untuk menjalankan windows repair.

Cara-caranya ialah :

1. Masuk ke dalam "BIOS" PC/Notebook
2. Pergi ke pilihan "Boot"
3. Pada "Boot Mode" atau "Boot List Option" itu, tukarkan "UEFI" kepada "Legacy"
4. Kemudian "Save & Exit"
Contoh :










Selepas itu anda boleh cuba letakkan CD Windows/Pendrive Bootable anda pada PC/Notebook anda untuk menjalankan Windows Repair atau sewaktu dengannya.

*Jika Pendrive Bootable masih juga gagal di jalankan, sila lihat setting "BIOS" kembali. ikut langkah ini :
1. Masuk ke "BIOS"
2. Pergi ke pilihan "Boot"
3. Pilih bahagian "Hard Disk Drive"
4. Tukarkan pilihan Drive yang ingin di jalankan terlebih dahulu.
5. Save & Exit.
Kemudian cuba jalankan Pendirve Bootable sekali lagi.
Contoh :



Selamat Berjaya!!

23 Oktober 2013

Cara Kegunaan & Pantang Larang Pendrive Bootable..

Assalammualaikum & Salam 1Malaysia..

   Post kali ini memang khas untuk pengguna Pendrive Bootable yang telah beli daripada saya, dan ingin saya kongsikan cara penggunaan & pantang larang Pendrive Bootable ini...(hehehehe...ada juga pantang larang yerrr!!)

*pastikan anda menyediakan satu PC/notebook yang bersih daripada sebarang virus, kemudian backup segala software yang ada dalam Pendrive tersebut agar tidak menjadi masalah pada masa akan datang.

*pastikan mempunyai satu pendrive backup (sebagai tester) untuk memastikan komputer yang ingin di guna tidak di pengaruhi oleh sebarang virus, pada masa yang sama juga dapat mengelakkan Pendrive Bootable di jangkiti oleh virus.

*hendaklah sentiasa "safely remove" ketika tidak menggunakan Pendrive Bootable pada PC/Notebook. Dan jangan sesekali cabut terus tanpa "safely remove", ini akan menyebabkan data di dalam Pendrive akan hilang atau gagal berfungsi.

*Pendrive Bootable yang masih mempunyai ruang kapasiti kosong, boleh meletakkan apa sahaja data yang pengguna mahu tanpa sebarang masalah pun dan tidak menganggu sistem dalam pendrive tersebut.
 
Cara - cara untuk Boot Pendrive anda :
1. Menggunakan Boot Menu Option
contoh :
*untuk butang masuk ke Boot menu adalah kebanyakkan jenama (Acer, Gigabyte,Asrock..dll) notebook/PC adalah "F12", namun ada juga jenama lain menggunakan butang "F9" seperti  jenama HP Compaq. Dan butang "F10" untuk jenama yang lain.

*jika butang di atas tidak muncul pada permulaan screen, pengguna hendaklah "Enable" terlebih dahulu di dalam BIOS agar pilihan Boot menu keluar pada permulaan boot nanti.
contoh :

 2. Boot Device Priority
contoh :

*Untuk butang masuk ke BIOS, kebanyakkan jenama PC/Notebook menggunakan butang "DEL". Selain itu, butang "F2","ESC" dan "F10".

*pengguna boleh menjadikan Pendrive sebagai pilihan boot yang pertama untuk di baca ketika mula-mula memulakan operasi boot.



Selamat Mencuba!!


21 Oktober 2013

Terima Kasih....

Salam 1Malaysia.....


     Kepada pembeli-pembeli Pendrive Bootable 16GB ataupun 32GB saya sebelum ini. Saya ucapkan terima kasih atas sokongan anda semua. Sebagai tanda terima kasih saya pada anda semua, saya akan memberi segala tutorial software yang ada di dalam pendrive yg telah saya masuk & sediakan pada anda.

   Dengan ini harapan saya agar semua pembeli pendrive bootable saya akan mahir menggunakan nya, dan betapa pentingnya untuk kegunaan seharian sebagai juruteknik komputer.


Terima Kasih.......   ;)

Selamat Kembali...

Assalammualaikum & salam 1Malaysia.....



   Syukur masih bernyawa d atas bumi ini...dan masih mampu untuk melakukan aktiviti harian serta berblog....lama juga meninggalkan dunia blog nie sebab kekangan jadual kerja serta aktiviti yg terlalu padat...namun setelah sekian lama...saya dapat menguruskan masa untuk berkongsi maklumat dalam blog ini..apa-apa pun, terima kasih kepada sesiapa yg masih sudi membaca & melawat blog ini sebagai panduan anda semua...

Ok selepas ini saya akan padatkn dalam blog nie dengan penuh informasi & tip-tip yang berguna kepada anda semua....harap bagi sokongan yaa....hihihihihi    :)