24 Oktober 2013

Cara Untuk menjalankan CD windows atau Pendrive Bootable pada Windows 8

Salam Sejahtera Semua....



    Hari ini saya nak kongsikan cara untuk menjalankan CD windows atau Pendrive Bootable pada PC/Notebook anda yang menggunakan Windows 8. Tujuan saya kongsikan tutorial ini adalah untuk membolehkan anda yang ingin membuat windows repair jika berlakunya sistem operasi gagal berfungsi dengan baik atau mungkin juga anda ingin format  PC/Notebook anda kepada Windows 7 atau 8 yang baru.

Kadangkala, Windows akan gagal berfungsi jika secara tak sengaja pengguna memasukkan hardware atau software yang tak sepadan dengan PC/Notebook dan terus memberi kesan kepada sistem operasi windows pengguna sehingga gagal berfungsi, dan ini akan menyukarkan pengguna untuk membuat Windows repair yang telah tersedia ada, dan jika perlu menggunakan CD Windows ataupun Pendrive Bootable untuk menjalankan windows repair.

Cara-caranya ialah :

1. Masuk ke dalam "BIOS" PC/Notebook
2. Pergi ke pilihan "Boot"
3. Pada "Boot Mode" atau "Boot List Option" itu, tukarkan "UEFI" kepada "Legacy"
4. Kemudian "Save & Exit"
Contoh :










Selepas itu anda boleh cuba letakkan CD Windows/Pendrive Bootable anda pada PC/Notebook anda untuk menjalankan Windows Repair atau sewaktu dengannya.

*Jika Pendrive Bootable masih juga gagal di jalankan, sila lihat setting "BIOS" kembali. ikut langkah ini :
1. Masuk ke "BIOS"
2. Pergi ke pilihan "Boot"
3. Pilih bahagian "Hard Disk Drive"
4. Tukarkan pilihan Drive yang ingin di jalankan terlebih dahulu.
5. Save & Exit.
Kemudian cuba jalankan Pendirve Bootable sekali lagi.
Contoh :



Selamat Berjaya!!

Tiada ulasan: