23 Oktober 2013

Cara Kegunaan & Pantang Larang Pendrive Bootable..

Assalammualaikum & Salam 1Malaysia..

   Post kali ini memang khas untuk pengguna Pendrive Bootable yang telah beli daripada saya, dan ingin saya kongsikan cara penggunaan & pantang larang Pendrive Bootable ini...(hehehehe...ada juga pantang larang yerrr!!)

*pastikan anda menyediakan satu PC/notebook yang bersih daripada sebarang virus, kemudian backup segala software yang ada dalam Pendrive tersebut agar tidak menjadi masalah pada masa akan datang.

*pastikan mempunyai satu pendrive backup (sebagai tester) untuk memastikan komputer yang ingin di guna tidak di pengaruhi oleh sebarang virus, pada masa yang sama juga dapat mengelakkan Pendrive Bootable di jangkiti oleh virus.

*hendaklah sentiasa "safely remove" ketika tidak menggunakan Pendrive Bootable pada PC/Notebook. Dan jangan sesekali cabut terus tanpa "safely remove", ini akan menyebabkan data di dalam Pendrive akan hilang atau gagal berfungsi.

*Pendrive Bootable yang masih mempunyai ruang kapasiti kosong, boleh meletakkan apa sahaja data yang pengguna mahu tanpa sebarang masalah pun dan tidak menganggu sistem dalam pendrive tersebut.
 
Cara - cara untuk Boot Pendrive anda :
1. Menggunakan Boot Menu Option
contoh :
*untuk butang masuk ke Boot menu adalah kebanyakkan jenama (Acer, Gigabyte,Asrock..dll) notebook/PC adalah "F12", namun ada juga jenama lain menggunakan butang "F9" seperti  jenama HP Compaq. Dan butang "F10" untuk jenama yang lain.

*jika butang di atas tidak muncul pada permulaan screen, pengguna hendaklah "Enable" terlebih dahulu di dalam BIOS agar pilihan Boot menu keluar pada permulaan boot nanti.
contoh :

 2. Boot Device Priority
contoh :

*Untuk butang masuk ke BIOS, kebanyakkan jenama PC/Notebook menggunakan butang "DEL". Selain itu, butang "F2","ESC" dan "F10".

*pengguna boleh menjadikan Pendrive sebagai pilihan boot yang pertama untuk di baca ketika mula-mula memulakan operasi boot.



Selamat Mencuba!!


Tiada ulasan: