26 Jun 2012

Hantar SMS melalui komputer or laptop anda!!

Hai....berita baik untuk Pengguna Android sahaja yer.....!!pengguna symbian or else mcm aku nie tak ada berita gembira pun....ermm....

Ok....selalunya kebanyakan orang yang melayari internet or apa-apa saja yang boleh membuatkan mereka alpa sehinggakan handphone sendiri telah menerima sms or calling banyak kali daripada rakan2 dan family diorang dah tak peduli dah. Selesai jer main komputer, baru perasaan ada sms dan miss call pada handphone tuu. Kalau ada emergency case kan lagi teruk mcm tuu...


Dan untuk mengelakkan perkara itu terjadi, aku perkenalkan salah satu aplikasi android yang bertajuk FastText dan made In Malaysia pulak tuu. Aplikasi ini membolehkan pengguna menerima sms terus ke desktop, serta dapat membalas sms terus daripada komputer pengguna. Aplikasi ini turut mempunyai Contact List untuk memudahkan penggunanya.


Apa-apa pun, pengguna android boleh cuba menggunakan aplikasi ini. Dan perisian aplikasi ini hanya dapat digunakan pada android serta komputer yang menggunakan sistem operasi windows sahaja.

Jika ingin mendapatkan aplikasi ini, pergilah ke Google Play di smartphone anda sekarang serta muat turun untuk komputer anda juga.

Harap dapat membantu yer....!


Tiada ulasan: