18 Disember 2012

Install Windows 7 hanya menggunakan USB Pendrive

Salam 1Malaysia,


saya nak kongsikan satu tutorial untuk anda bagaimana hendak meletakkan Windows 7 Installer di dalam USB Pendrive dan tak perlu lagi menggunakan DVD untuk install windows 7.

Tutorial

Bahan - bahan yang diperlukan :

1. Download software Windows 7 USB/DVD Download Tool di sini
2. Kemudian install Windows 7 USB/DVD Download Tool pada sistem komputer/laptop anda.
3. Pastikan anda mempunyai dvd windows 7 sendiri.
4. Download software MagicISO di sini
5. Install MagicISO pada sistem komputer/laptop anda.
6. 4GB keatas untuk USB pendrive di perlukan.

Cara -caranya :

1. Masukkan DVD windows 7 pada DVD-Rom anda
2. Buka aplikasi MagicISO, kemudian tekan menu "Tools" dan klik pilihan "Make ISO from CD/DVD - ROM".
3. Pilih destinasi file yang akan siap di proses pada "Output File" mengikut pilihan anda serta namakan file tersebut. Contoh nama file :"windows7".
4. Pada ruangan "Output Format", tukar ke pilihan "Standard ISO Image file (.ISO)". Setelah itu, tekan butang "OK" untuk di proses dan tunggu sehingga habis proses kemudian tutup aplikasi MagicISO.
5. Masukkan USB Pendrive pada komputer/laptop anda
6. Jalankan software Windows 7 USB/DVD Download Tool sebagai "administrator"


7. Kemudian, cari file yang telah di proses menggunakan MagicISO tadi iaitu "windows7", dan tekan butang "Next".
8. Tekan butang "USB Device" untuk meletakkan windows 7 Installer di dalam USB Pendrive anda.
9. Setelah  USB Pendrive anda di kenalpastikan, klik pada "Begin Copying" untuk memulakan proses berikutnya dan tunggu sehingga selesai.
10. Selepas proses selesai, USB pendrive anda sudah mempunyai Windows 7 installer dan boleh dijalankan pada boot menu seperti biasa tanpa perlu menggunakan DVD lagi.


Selamat mencuba!!    : - )

Tiada ulasan: