15 Mei 2012

Cara menghilangkan "Virus Shortcut" pada Pendrive




Virus Shortcut




Virus shortcut merupakan virus yang menganggu file/folder yang terdapat dalam pendrive pengguna dan menyebabkan file/folder tersebut tidak dapat digunakan langsung. Perkara ini boleh terjadi di mana-mana sahaja sama ada di tempat kerja, siber, IPTA, dan sebagainya.

Usah bimbang kerana file/folder anda sebenarnya masih dapat di selamatkan lagi hanya dengan menggunakan kaedah yang akan saya tunjukkan pada anda. Ianya sesuai untuk semua jenis Windows yang anda gunakan sama ada windows XP/Vista/W7.

Langkah-langkahnya adalah :

1. Tekan pada Start Menu anda.

Untuk Windows XP user


















Untuk Windows vista dan 7
















Windows XP
2. Tekan pada "Run" yee untuk windows XP user...bukan suruh awak berlari yee...he3...jangan salah paham pulak. Manakala pengguna Vista/W7 pula boleh teruskan langkah No.3

3. Taipkan "cmd" pada petak kosong berkenaan dan tekan "Enter" pada papan kekunci anda yee..atau dalam bahasa inggeris dia "keyboard" yee...

4. Seterusnya keluarlah paparan seperti di bawah ini:


5. Kenalpasti lokasi pendrive anda sama ada D/E/F, selepas itu taipkan lokasi pendrive anda dan tekan "Enter"

*contoh : F: dan tekan Enter.

6. Selepas itu, taipkan seperti di bawah ini :
       taip = attrib -s -h /s /d *.* dan tekan Enter.


7. Dan lihat pada pendrive anda sekarang!!Terbaik!!selamat mencuba... :)

Sekian..........

4 ulasan:

Ija berkata...

mekasih..kalau pada external gunakan cara yang sama juga yer..

Zamer berkata...

Kalau menggunakan external pun boleh gunakan cara yg sama... :)

Nurul Haziqah berkata...

kalau file yang shortcut itu masih ada macam mana?
dan ia tidak boleh dibuang
how ,sir?

Zamer berkata...

Pastikan komputer yg d gunakan bebas dari virus shortcut yg sama..jika komputer & Pendrive di jangkiti virus shortcut...pastikan guna komputer yg lain untuk hilangkan virus tuu...manakala untuk membuang virus shortcut pada komputer pulak...anda boleh menggunakan malwarebyte dan scan komputer tuu pada keadaan safe mode windows...selamat mencuba... :)