16 November 2012

PhewTick Make Money!!

Salam 1Malaysia


 Satu aplikasi yang boleh menjana pendapatan secara sampingan hanya dengan cara Scan QR code pada smartphone lain yang menggunakan aplikasi yang sama iaitu aplikasi Phewtick.

Phewtick


Untuk mendapatkan duit, anda hendaklah mengumpul "Point" sebanyak yang mungkin untuk ditukarkan kepada duit sebenar. Menebus duit anda boleh dilakukan melalui Paypal.

Cara-cara menggunakan aplikasi Phewtick :






 Pengguna hendaklah mempunyai akaun Facebook untuk membolehkan anda menggunakan aplikasi ini, dan apabila anda berjumpa dengan rakan facebook anda atau orang baru, maka gunakanlah aplikasi ini untuk mendapatkan Point anda. Pastikan rakan anda mempunyai aplikasi yang sama supaya dapat bersama-sama mengumpul Point itu.

Tidak di nyatakan minimum pengeluaran duit tersebut dan sejauh mana kebenaran aplikasi ini untuk mendapat duit dengan mudah, tapi kita cuba laa dulu manalah tau betul-betul boleh menjana pendapatan, kita juga yang untung lagipun aplikasi ini adalah percuma tau.

Phewtick dapat di muat turun pada Google Play dan App store secara percuma.

*** REQUIREMENTS ***


Phewtick requires Android OS 2.2 or later.



Selamat mencuba....!




14 November 2012

Cara untuk mendapatkan File yang hilang atau terbuang

Salam 1Malaysia,

Hari ini, saya nak kongsikan ilmu pada anda semua mengenai cara untuk mendapatkan file yang terbuang secara tidak sengaja tidak kira di dalam Pendrive, Local Disk, Recycle Bin dan banyak lagi.

Recuva


- Recuva merupakan satu aplikasi yang khas untuk mencari data yang telah hilang ataupun terbuang sama ada Mp3, gambar, file kerja, dan banyak lagi.

- Dapat mengembalikan data daripada SmartMedia, Secure Digital, MemoryStick, Digital cameras, Floppy disks, Jaz Disks, Sony Memory Sticks, Compact Flash cards, Smart Media Cards, Secure Digital Cards, dan sebagainya.

- Supports FAT12, FAT16, FAT32, exFAT, NTFS, NTFS5 , NTFS + EFS file systems


- Penggunaan aplikasi Recuva amat mudah di fahami dan mesra pengguna.


Kepada sesiapa yang baru saja kehilangan data, bolehlah menggunakan aplikasi Recuva nie. Mudah sangat...Guna Jari Pun Boleh....hehehehehe.....Dan aplikasi Recuva nie adalah percuma tau....


Boleh download aplikasi nie di bawah :

 Recuva Download

Requirements: 
- Windows 2000 / XP / 2003 / Vista / Windows7 / XP64 / Vista64 / Windows7 64

* banyak lagi aplikasi yang sama fungsinya dengan Recuva, tapi saya lebih gemar menggunakan aplikasi Recuva nie sebab sangat mudah di gunakan.... 

Selamat Mencuba....! 
  

12 November 2012

Angry Bird Edisi Star Wars!

Salam 1 Malaysia semua,

Satu lagi edisi keluaran terbaru oleh Rovio pada November 2012 ini iaitu Angry Bird Star Wars yang boleh di muat turun dalam android, IOS dan windows phone anda.
Kesemua karakter Angry Bird telah menyerupai karakter yang ada di dalam filem Star Wars Edisi pertama dulu. Memang masih comel lagi bentuk wajah Angry Bird Star Wars walaupun dah berubah wajah sedikit.




Dan ini merupakan video permainan Angry Bird Star Wars :


Kepada peminat setia Angry Bird, anda boleh muat turun sekarang di Google Play secara percuma untuk pengguna Android, manakala untuk IOS dan Window Phone boleh muat turun ikut saluran masing - masing dengan bayaran $0.99.

Selamat Mencuba....hehehehe....


23 Oktober 2012

Netbook Win7 Starter punya wallpaper dapat tukar?

Salam 1Malaysia semua...

Lama dah tak update blog nie...maklum laa sibuk sangat dengan komitmen kerja & bisnes kecil-kecilan yang dijalankan oleh aku sendiri untuk mendapatkan pendapatan sampingan untuk keluarga aku....heheheheh,...

Hari ini aku nak kongsikan informasi yang berguna pada semua pengguna Netbook, dan pasti ramai yang masih menggunakan Netbook walaupun sekarang nie dah banyak dah orang"demam TABLET"....macam aku nie juga....gila laaa SgT!!



Untuk makluman anda, ramai pengguna Netbook yang menggunakan windows 7 Starter belum mengetahui bahawa wallpaper dalam netbook anda dapat ditukar ke wallpaper yang anda suka sepertimana notebook atau PC yang boleh di tukar wallpaper background yang diingini.

Maksudnya, Netbook tidak mempunyai pilihan "Personalize" pada ruangan desktop atau Control panel seperti yang terdapat pada PC & Notebook biasa apabila menggunakan Windows 7 Starter atau Home Basic.

Contoh pilihan "Personalize" yang dimaksudkan di atas

 Apabila tiada pilihan "Personalize" pada netbook anda, maka wallpaper background tidak dapat di tukar sama sekali.

Tapi jangan risau, kini ada jalan penyelesaiannya untuk pengguna Netbook Windows 7 Starter.

Anda hanya perlu muat-turun satu perisian yang membolehkan anda mempunyai "Personalize Panel" sendiri pada Netbook anda.

1. Download AeroPatch di Sini

2. Kemudian, extract file tersebut.

3. Jalankan perisian itu sebagai "Run as administrator" seperti gambar di bawah :


4. Install perisian AeroPatch, setelah selesai install restart windows anda.

5. Selepas itu anda dah boleh mengubah wallpaper background anda mengikut kesukaan anda.

Selamat Mencuba......

Jika masih mempunyai masalah atau kurang faham, jangan malu untuk bertanya yerr....


9 Oktober 2012

Berapa Harga Blog Anda sekarang?

Hai Semua...

Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang Value sesebuah blog yang anda telah bina sendiri selama ini.

Untuk mendapatkan harga yang tinggi pada blog anda, blog anda hendak laa mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

1. Halaman page blog yang menarik.
2. Blog yang dah di bina lebih daripada 1 tahun.

3. Susunan kata dan page yang baik.
3. Jumlah backlink yang ada.
4. Komen daripada pengunjung blog anda.
5. Jumlah pengikut blog anda.
6. Pendapatan blog anda.


Harga blog saya sekarang baru mencecah RM 973.83....emm...xpe....nanti makin b'tambah harga blog saya nanti.....

Kalau nak tau harga blog anda sekarang nie....klik Berapa harga Blog Saya??

Macam mana?dapat tandingi blog saya x?heheheheheehe.....

8 Oktober 2012

What A Different on You From Another PErson??

It's up too you if you want to be yourself or someone else........

But.....

What wrong with you that you want be someone else but not be youself?

Are you not confidence be yourself?

Are you think that you will be special after you just like someone else?

Or you don't like the way you are?

My Friends...You must know this...

When you learn to love yourself...

You're better off by far..

You will the best from other person...

Trust yourself.....Thats important thing....


28 September 2012

Zello untuk Semua!!!!

Hai semua.....

Hari ini ada perkara menarik yang nak di kongsikan pada anda semua tau.....sekarang terdapat satu perisian yang dah menjadi kegilaan ramai pada tahun ini...perisian ini sama fungsi seperti walkie - talkie yang sebenar.....aku perkenalkan....perisian ZELLO....untuk Android, blackberry, iPhone dan juga PC.






Kelebihan ZELLO :


1. Zello menyokong saluran di mana anda boleh bercakap dengan seseorang atau sehingga 100 orang dari seluruh dunia ... pada masa yang sama.

2. Perbualan Zello hampir secepat perbualan muka-ke-muka dan lebih cepat daripada komunikasi dalam talian.

3. Hanya tekan butang untuk bercakap. Anda kemungkinan besar tidak akan perlu untuk mengkonfigurasi apa-apa untuk mula menggunakan Zello.

4. Tidak perlu menggunakan Earphone untuk mendengar perbualan anda dengan rakan anda, hanya perlu menggunakan pembesar suara sahaja.

5. Zello dapat berfungsi dengan baik melalui WiFi dan 3G, dan walaupun hanya GPRS serta EDGE.


Dan paling menarik sekali adalah, perisian ZELLO ini adalah percuma!!!dan kredit anda pun dapat di jimatkan.....hanya perlukan wifi sahaja dah mencukupi untuk anda bercakap dengan rakan2 anda....apa lagi??download laa sekarang juga...... 




20 September 2012

Resident Evil Menganass!!

Hai suma....

Sekarang di pawagam tengah hangat filem Resident Evil Retribution tau!!...tapi saya belum tengok lagi...memang minat sangat dengan filem Resident Evil nie, dari games sampai laa ke filem...memang best...


di bawah nie pulak trailer movie tersebut..

 

Selain itu, permainan terbaru Resident Evil 6 akan keluar tidak lama lagi pada penhujung tahun 2012 ini juga. Hampir suma karakter yg ada dalam Resident Evil terdahulu ada di dalam game Resident Evil 6 nie tau..seperti Leon, chris Redfield, Ada Wong dan lain2.

akan datang pada awal Oktober 2012












Layan trailer Resident Evil 6...


 
tak sabar pulak nak tengok filem dan permainan Resident Evil yang baru nie...he3....permainan Resident Evil 6 keluar dalam versi PC, Xbox dan PS3.


6 September 2012

Aplikasi Permainan Android Terbaik September 2012!!

1. Major Mayhem



2. Monster Shooter



3. 3D Badminton



4. Where's my water







ok...yg suma ini pilihan terbaik bg aku yerr.....mmg best laa....heheheheh...

5 September 2012

Laa...laa...lalaaa...Android Lagi....Huh??Windows??

ish..ish,,,,ish...best juga aplikasi-aplikasi android sekarang nie yeerr, macam2 ada....sampaikan hampir suma org nak phone android skrang...sebagai bukti....orang kiri kanan aku suma pkai phone android serta aku sendiri yg menggunakan nya...hehheheheh..(tak cukup bukti pun...!)
Aplikasi android suma nyer best2 dan yg paling penting friendly user tau, sebab tuu laa ramai yg sukakn nya...lebih2 lagi mudah nk dapatkan aplikasi hanya perlu download pada Play Store/market saja.
Ok, apa yg ingin ku katakan di sini adalah aplikasi android dapat di gunakan pada komputer or laptop anda tau....tak percaya???takpe...tunggu korang yerr...



BlueStacks

BlueStack adalah satu aplikasi yang membolehkan anda mengunakan aplikasi android pada komputer/laptop anda seperti phone android yg sebenar. Aplikasi ini mudah di gunakan serta cara penggunaan nya memang sama dengan phone android anda. Dan yang paling penting, Aplikasi Bluestacks ini adalah PERCUMA/FREE!!!heheheheh....Aplikasi Bluestacks juga dapat digunakan pada versi MAC apple.



Cuba laa sekarang....!!

dapatkan aplikasi BlueStacks percuma untuk komputer/laptop anda sekarang Di sini!